Skip to content
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016-3111 286 | Tel : 03-77733372 | Retail OPEN & Same Day Delivery PJ/KL Available
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016-3111 286 | Tel : 03-77733372 | Retail OPEN & Same Day Delivery PJ/KL Available

Sudah Tiba Masa Untuk Tinggalkan Kabel Anda...Kerana Yamaha THR II Sudah Tiba!

Baru-baru ini kita telah diperkenalkan dengan siri terbaru amplifier THR II oleh Yamaha, dan seperti mana yang umum tahu, amplifier meja THR telah mengubah dunia amplifier gitar sejak kemunculan mereka pada 2011. Siri amplifier ini telah membentuk konsep “amplifier ketiga” untuk pemain yang mahukan bunyi berkualiti tinggi dan juga ciri-ciri serba boleh ketika tidak diatas pentas atau semasa latihan. Dengan generasi baru ini, Yamaha memperkenalkan aliran baru amplifier THR dengan ciri dikemas kini untuk mencerminkan bagaimana pemain ingin berinteraksi bersama alatan, muzik, dan juga bunyi mereka. Lantas, THR kekal terus-menerus menjadi amplifier meja terunggul untuk pemain dengan meletakkan tona “premium” terbaik, dalam bentuk sebuah amplifier yang sempurna dimainkan muzik di mana saja.

Jadi apakah siri amp baru ini yang sudah menjadi kegemaran ramai pemuzik sajikan? Mari kita tengok!

Ciri yang PALING menarik dengan amplifier THRII ini adalah tak lain dan tak bukan, “WIRELESS”! Yamaha THR30II Wireless dan juga THR10II Wireless sudah mempunyai sistem tanpa wayar gitar dan disediakan di dalam amplifier tersebut. Tak perlu lagi bergelut
dengan kabel-kabel gitar, cuma gunakan transmitter Line 6 Relay G10 (dijual berasingan), sambungkan pada gitar anda dan terus saja bermain!

Amplifier Yamaha THRII juga mempunyai Bluetooth (akhirnya!) yang mana anda boleh memainkan lagu-lagu spotify, itunes atau backing dari smartphone atau laptop anda terus ke amplifier dan mainkannya sambil anda bermain dengan instrument anda.

 

Tak cukup dengan itu, amplifier THRII juga sekarang sudah ada bateri di dalamnya yang boleh di cas
semula (hanya model THR30II Wireless dan THR10II Wireless sahaja). Mampu bertahan selama 5 jam
dalam satu cas yang penuh, kini anda boleh bawa amp ini kemana-mana saja anda mahu!

Di samping itu, anda boleh kawal bunyian gitar anda dengan menggunakan aplikasi “THR Remote” dari smartphone anda! Jadi, anda tidak perlu berada di hadapan amplifier ini malah, anda boleh kawalnya dan ubahsuai bunyi dan tone instrument anda dari jauh! Pendek kata, “WIRELESS”!!!

Selain THRII ini adalah sebuah amplifier meja untuk anda bermain atau berlatih, amplifier ini juga boleh
digunakan sebagai audio interface untuk proses
recording! Tanpa perlu memuat-turun dan instal drivers, anda boleh sambungkan pada PC atau Mac anda dan rekod saja dimana-mana!

Oh, tak dilupakan juga anda akan dapat Cubase AI dan juga Cubasis LE (Ipad) dari Steinberg secara percuma dengan semua model dari THRII!

Untuk anda yang mahukan bunyi kegemaran anda dari amplifier THRII ini
untuk kegunaan persembahan, ada berita baik untuk anda! Kini anda boleh gunakan stereo output yang terdapat di amplifier THR30II Wireless! Kini bukan saja anda hanya mampu gunakannya di rumah sahaja, anda juga boleh bawa tona THR anda kemana-mana saja....untuk direct recording, sesi latihan mahupun di atas pentas!

*tips dari Music Bliss : anda boleh kawal preset anda dengan Bluetooth footswitch seperti iRig Blueboard yang boleh di dapati di kedai kami!

Kesimpulannya, Yamaha telah memperkenalkan siri amplifier yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada siri THR yang sebelumnya yang sudahpun popular di kalangan pemuzik-pemuzik.

Tidak kira jika anda seorang gitaris, pemain bass, ataupun hanya bermain gitar akustik, amplifier siri THRII dari Yamaha semestinya menjadi hak milik tanpa mengira apa genre muzik yang suka.

Dan.....kini amplifier Yamaha THRII sudah berada di Music Bliss! Dan anda juga boleh dapatinya dengan kombo sistem wireless Line 6 GT10!

Jadi dapatkannya sementara stok masih ada!

Sold out

Sold out

Sold out