Skip to content
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016-3111 286 | Tel : 03-77733372 | Retail CLOSED : Same Day Delivery PJ/KL Available

Ada Apa Dengan The NAMM Show dan Kenapa Ia Sangat Penting?

Kita sudah pun berada di tahun yang baru dan setiap awal tahun, terutamanya pada pertengahan bulan Januari, kita akan dihujani dengan hashtag #NAMMSHOW di setiap media sosial. Untuk kami di Music Bliss serta sebilangan peminat tegar alatan muzik pasti akan merasa sangat teruja pada waktu ini, namun bagi anda samada ahli muzik atau peminat alatan muzik secara kasual pasti tertanya-tanya apa itu NAMM Show.

Jadi dalam isu kali ini, kita akan kupaskan satu persatu persoalan mengenai konvensyen instrumen dan alat muzik terbesar di dunia, iaitu The NAMM Show!

Apa Itu The NAMM Show?

Secara amnya, NAMM (National Association of Music Merchants) show terbahagi kepada dua acara tahunan iaitu Summer NAMM pada musim panas dan Winter NAMM (pada musim sejuk) yanga Winter NAMM adalah acara terbesar dan teramat penting dalam industri alat-alat muzik. Selalunya diadakan pada pertengahan bulan Januari di Anaheim, California, Amerika Syarikat.

APA YANG ADA DI NAMM SHOW?

NAMM Show adalah sangat penting sejak dari penubuhan mereka pada tahun 1901 kerana ia adalah tempat untuk syarikat pereka alatan muzik mengumumkan produk terbaru mereka. Malah, NAMM Show menjadi tumpuan yang sangat utama untuk pelancaran produk terbaru sehingga kebanyakan pereka-pereka alatan muzik di dalam industri memilih untuk mededahkan berita tentang pelancaran hanya ketika acara tersebut berlangsung.

Jadi pada masa inilah juga anda akan dapat melihat dan juga mendengar produk atau prototaip terbaru sebelum berada di pasaran tempatan yang bakal dilancarkan pada tahun tersebut di laman-laman media sosial serta Youtube kerana acara ini juga akan mendapat liputan yang meluas dari influencer muzik seperti Ryan Fluff, Gear Gods Net dan banyak lagi selain selebriti-selebriti dan juga artis-artis yang terkenal.

SIAPA YANG DAPAT PERGI KE NAMM SHOW?

NAMM Show hanya terbuka kepada sesiapa yang bekerja di dalam industri muzik sahaja. Jadi konvensyen ini menyediakan platform untuk mencipta content, melakukan interaksi perniagaan antara pereka dan penjual dan juga berupaya untuk mencuba sendiri produk-produk kepada sesiapa yang merupakan ahli muzik, Youtubers, wartawan, penjual alatan muzik, dan juga jurutera-jurutera bunyi dari seluruh dunia.

Influencers juga memainkan peranan yang amat penting kerana akan mereka bukan sahaja berupaya untuk mendedahkan produk-produk baru seperti gitar, pedal, keyboard, drum dan lain-lain lagi dengan lebih meluas, malah mereka juga mampu memberi demo dan juga bertemu-ramah bersama pereka-pereka.

Artis-artis berprofil tinggi juga akan berada NAMM Show selalunya mereka berada disana bukan sahaja untuk beramah-mesra bersama peminat, tetapi untuk mempromosikan produk "signature" mereka bersama syarikat yang mereka bernaung, contohnya seperti pada NAMM Show tahun lepas apabila Nick Johnston berada di booth Schecter untuk mempromosikan gitar "signature"nya yang terbaru, Schecter Nick Johnston Traditional in Atomic Green dan Atomic Snow.

Apakah Yang Anda Boleh "Expect" Dari The NAMM Show Tahun Ini?

Oleh kerana NAMM Show 2020 akan berlangsung pada hari ini, banyak produk yang anda boleh berasa teruja untuk melihatnya. Antaranya seperti :
  • The Bass Butler Pre-Amp Pedal dan juga amplifier 500w Little Bass Thing dari Orange Amplifiers
  • Roland RD-88 yang merupakan stage piano yang lebih ringan dan juga lebih berpatutan harganya berbanding pesaing yang lain dan juga . Selain itu, Roland juga memperkenalkan V-drum terbaru mereka, TD-27KV electronic drum kit.
  • Behringer Synthesizers
  • Schecter PT Pro Series

Dan ratusan malah ribuan lagi produk baru yang anda boleh saksikan sepanjang NAMM Show kali ini berlangsung.

Dan apa yang lagi menarik, ada sesetengah alat-alat muzik terbaru di sana bakal tiba di Music Bliss! Jadi apakah produk-produk baru itu? Pastikan anda ikuti perkembangan NAMM Show 2020!

Kita sudah pun berada di tahun yang baru dan setiap awal tahun, terutamanya pada pertengahan bulan Januari, kita akan dihujani dengan hashtag #NAMMSHOW di setiap media sosial. Untuk kami di Music Bliss serta sebilangan peminat tegar alatan muzik pasti akan merasa sangat teruja pada waktu ini, namun bagi anda samada ahli muzik atau peminat alatan muzik secara kasual pasti tertanya-tanya apa itu NAMM Show.

Jadi dalam isu kali ini, kita akan kupaskan satu persatu persoalan mengenai konvensyen instrumen dan alat muzik terbesar di dunia, iaitu The NAMM Show!

APA ITU NAMM SHOW?

Secara amnya, NAMM (National Association of Music Merchants) show terbahagi kepada dua acara tahunan iaitu Summer NAMM pada musim panas dan Winter NAMM (pada musim sejuk) yanga Winter NAMM adalah acara terbesar dan teramat penting dalam industri alat-alat muzik. Selalunya diadakan pada pertengahan bulan Januari di Anaheim, California, Amerika Syarikat.

APA YANG ADA DI NAMM SHOW?

NAMM Show adalah sangat penting sejak dari penubuhan mereka pada tahun 1901 kerana ia adalah tempat untuk syarikat pereka alatan muzik mengumumkan produk terbaru mereka. Malah, NAMM Show menjadi tumpuan yang sangat utama untuk pelancaran produk terbaru sehingga kebanyakan pereka-pereka alatan muzik di dalam industri memilih untuk mededahkan berita tentang pelancaran hanya ketika acara tersebut berlangsung.

Jadi pada masa inilah juga anda akan dapat melihat dan juga mendengar produk atau prototaip terbaru sebelum berada di pasaran tempatan yang bakal dilancarkan pada tahun tersebut di laman-laman media sosial serta Youtube kerana acara ini juga akan mendapat liputan yang meluas dari influencer muzik seperti Ryan Fluff, Gear Gods Net dan banyak lagi selain selebriti-selebriti dan juga artis-artis yang terkenal.

SIAPA YANG DAPAT PERGI KE NAMM SHOW?

NAMM Show hanya terbuka kepada sesiapa yang bekerja di dalam industri muzik sahaja. Jadi konvensyen ini menyediakan platform untuk mencipta content, melakukan interaksi perniagaan antara pereka dan penjual dan juga berupaya untuk mencuba sendiri produk-produk kepada sesiapa yang merupakan ahli muzik, Youtubers, wartawan, penjual alatan muzik, dan juga jurutera-jurutera bunyi dari seluruh dunia.

Influencers juga memainkan peranan yang amat penting kerana akan mereka bukan sahaja berupaya untuk mendedahkan produk-produk baru seperti gitar, pedal, keyboard, drum dan lain-lain lagi dengan lebih meluas, malah mereka juga mampu memberi demo dan juga bertemu-ramah bersama pereka-pereka.

Artis-artis berprofil tinggi juga akan berada NAMM Show selalunya mereka berada disana bukan sahaja untuk beramah-mesra bersama peminat, tetapi untuk mempromosikan produk "signature" mereka bersama syarikat yang mereka bernaung, contohnya seperti pada NAMM Show tahun lepas apabila Nick Johnston berada di booth Schecter untuk mempromosikan gitar "signature"nya yang terbaru, Schecter Nick Johnston Traditional in Atomic Green dan Atomic Snow.

APAKAH YANG ANDA BOLEH "EXPECT" DARI NAMM SHOW TAHUN INI?