Kita sudah pun berada di tahun yang baru dan setiap awal tahun, terutamanya pada pertengahan bulan Januari, kita akan dihujani dengan hashtag #NAMMSHOW di setiap media sosial. Untuk kami di Music Bliss serta sebilangan peminat tegar alatan muzik pasti akan merasa sangat teruja pada waktu ini, namun bagi anda samada ahli muzik atau peminat alatan muzik secara kasual pasti tertanya-tanya apa itu NAMM Show.
Jadi dalam isu kali ini, kita akan kupaskan satu persatu persoalan mengenai konvensyen instrumen dan alat muzik terbesar di dunia, iaitu The NAMM Show!