Sekarang masuk bahagian gear. Benda pertama dan paling penting: audio interface.
Ramai pemula tak pernah dengar istilah ni, atau pernah dengar perkataan "soundcard" yang selalu dikaitkan dengan gamer, streamer, dan podcaster. Sebenarnya konsep dia hampir sama, tapi audio interface direka khas untuk rakaman muzik berkualiti.
Senang cerita, audio interface adalah alat penghubung antara instrumen/mic korang dengan phone, tablet, atau komputer korang. Phone korang tak boleh terima signal gitar atau mic profesional terus dengan kualiti baik. Audio interface ambil signal tu, tukarkan dari analog ke digital (proses dipanggil conversion), dan hantar masuk ke app rakaman korang dengan bersih dan jelas. Ia juga ada preamp — bahagian yang kuatkan signal mic yang lemah supaya cukup kuat untuk dirakam.
Kenapa tak guna mic dalam phone je? Boleh untuk voice memo, tapi mic phone tangkap segala bunyi sekeliling dan tak boleh terima gitar elektrik, bass, atau mic XLR profesional. Audio interface buka pintu kepada kualiti yang jauh lebih baik dan input yang betul.
Ada beberapa benda penting nak ingat masa pilih audio interface untuk mobile:
-
Pilih yang "class compliant". Ini istilah penting. Class compliant bermaksud interface tu boleh terus berfungsi dengan phone/tablet tanpa perlu install driver — colok je terus jalan (plug and play). Kebanyakan interface moden memang class compliant.
-
iPhone dan iPad biasanya lebih senang. Untuk pemula, peranti iOS/iPadOS selalunya bagi pengalaman plug-and-play yang lebih lancar dan lebih dioptimumkan berbanding Android. Android boleh, tapi kadang ada kerenah keserasian bergantung pada model.
-
Sambungan USB-C lebih baik. Cuba pilih setup USB-C. Kalau phone korang masih Lightning (iPhone lama), korang perlu adapter (contohnya Apple Camera Adapter). Untuk Android, korang perlu OTG adapter.
-
Power. Sesetengah interface ambil kuasa terus dari port USB phone. Interface yang lebih besar mungkin perlu kuasa tambahan melalui powered USB hub bila guna dengan phone. Tak semua phone mampu bekalkan kuasa cukup, jadi ini benda nak ambil kira.
Senarai Audio Interface Yang Boleh Korang Guna
Ni beberapa pilihan bagus yang ada di Music Bliss, dari yang paling kompak sampai yang lebih premium:
-
PreSonus AudioBox GO — interface USB-C yang sangat kecil dan ringan, sesuai sangat untuk dibawa ke mana-mana. Class compliant, 24-bit/96kHz, ada satu combo input (mic/line) dan satu input instrumen, dan dikuasakan terus melalui USB-C. Pilihan terbaik untuk pemula yang nak mula dengan setup paling ringkas.
-
Yamaha UR12 MK3 — interface USB-C 2-in/2-out dengan satu preamp D-PRE Yamaha yang berkualiti dan satu input Hi-Z untuk gitar/bass. Berfungsi tanpa driver (sesuai dengan iOS), ada direct monitoring dan loopback. Sesuai untuk singer-songwriter yang rakam satu vokal dan satu instrumen.
-
Yamaha UR22 MK3 — abang kepada UR12, dengan dua combo input mic/line (preamp Class-A) dan input Hi-Z. Pilihan bagus kalau korang nak rakam dua sumber serentak, contohnya vokal dan gitar dalam satu masa, atau dua orang.
-
Blackstar Polar 2 — interface USB 2-channel yang direka "by guitarists, for guitarists." Kalau fokus korang lebih ke arah rakaman gitar, ini satu pilihan yang difikirkan khas untuk pemain gitar.
-
Solid State Logic SSL 2 MKII — pilihan paling premium dalam senarai ni. SSL terkenal dengan kualiti preamp dan converter, dan SSL 2 MKII class compliant (plug-and-play di Mac/iOS tanpa driver). Sesuai untuk pemula yang nak terus melabur dalam kualiti tinggi dan tahan lama.
Cara terbaik nak pilih? Datang showroom Music Bliss, cuba, dan borak dengan team kami — depa boleh padankan interface dengan phone, instrumen, dan bajet korang.