Skip to content
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016 - 3111 286 | Tel : 03 - 777 33372 | Same Day Delivery Lalamove | Buy Online, Pick Up In-Store Available
Same Day Delivery Lalamove | Buy Online, Pick Up In-Store Available

Kramer Guitars - Gitar Yang Pernah Menguasai Pentas Dan Memenangi Anugerah Juara Lagu!

Gitar elektrik pada asalnya dibina atas dasar untuk membolehkan pemain gitar bermain secara live melalui amplifier. Jadi dengan secara tak langsung gitar elektrik ni juga merubah landskap seni muzik apabila pelbagai jenis genre muzik terhasil dari zaman ke zaman apabila pemain mula bereksperimentasi dengan gaya permainan dan gitar mereka. Evolusi gitar elektrik mencapai kemuncaknya pada era 80an apabila gaya permainan menjadi lebih agresif dan ekstrim lalu mengakibatkan muzik rock dan metal mendominasi persada muzik di era itu, dan rata-rata pemain gitar yang terkenal memlilih Kramer Guitars sebagai senjata utama mereka.

Populariti Kramer Guitars dan muzik itu juga turut memberi impak yang sama di Malaysia di mana kebanyakan band-band rock di tanah air mula menempa nama dengan lagu-lagu mereka mula dimainkan di corong-corong radio di seluruh negara. Lagu-lagu mereka bukan hanya mendominasi arus perdana muzik negara, tetapi juga mula dipertandingkan, malah menjuarai anuherah utama industri muzik seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan sebagainya.

Mari kita lihat senarai artis-artis yang menggunakan Kramer Guitars dan ketahui bagaimana Kramer Guitars menjadi “Gitar Nombor 1 di Dunia” oleh Eddie Van Halen!

Kid (Search)

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 1 :

Kramer diasaskan oleh Dennis Berardi dan Gary Kramer pada tahun 1971, bersama Travis Bean. Sebelum penghasilan gitar “Super-Strat”, mereka menghasilkan gitar elektrik yang dikenali sebagai “Alumi-Necks”, dengan neck berasaskan aluminium dengan headstock “pitch-fork” dan fretboard yang diperbuat daripada ebonol, material yang sama digunakan untuk bola boling.


Zulkifly (Headwind)

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 2 :

Rekaan headstock gitar mereka bermula dengan rekaan sama seperti Fender Stratocaster, ke berbentu “Beak shape” ala 60an dari Kent Guitars, dan “Banana shape” serta “Pointy Shape” ala Gibson yang kekal sehingga harini.


Kumpulan May

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 3 :

Dengan siri Super-Strat mereka yang dikenali sebagai “Pacer” dan “Striker”, Kramer Guitars mula menjadi syarikat pertama di dunia yang meletakkan pickup humbucker di bahagian “bridge” serta sistem locking tremolo dari Rockinger sebagai stok di gitar mereka.


Dinamik

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 4 :

Kramer Guitars mengeluarkan guitar Baretta sebagai gitar “signature” pertama untuk Eddie Van Halen. Gitar Baretta adalah sebuah gitar yang direka cipta khas mengikuti spesifikasi gitar Fender Stratocaster Eddie yang dimodifikasi oleh beliau sendiri, yang dikenali sebagai Frankenstrat.


Gersang

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 5 :

Eddie Van Halen yang sendiri mengatakan “Dia akan pastikan Kramer Guitars menjadi gitar nombor 1 di dunia!”, memberikan impak yang sangat besar pada syarikat mengakibatkan Kramer Guitars mendominasi pasaran gitar di dunia mengalahkan gitar dari jenama-jenama yang lain sepanjang era 80an.


Crossfire

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 6 :

Sistem locking tremolo dari Rockinger, atau dikenali pada masa itu sebagai “EVH Trem”, mula digantikan dengan sistem locking tremolo dari Floyd Rose, menjadikan Kramer Guitars syarikat pertama yang menghasilkan gitar dengan Floyd Rose sebagai stok di gitar mereka.


CRK

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 7 :

Beberapa tahun selepas memperkenalkan Floyd Rose, Kramer Guitars mula meletakkan pickup Seymour Duncan sebagai pickup standard dan eksklusif untuk gitar mereka.


Hillary Ang

Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 8 :

Kramer Guitars mula mengalami kerugian yang berterusan yang mengakibatkan syarikat mereka bangkrap pada era 90an. Pada tahun 1997, mereka di beli oleh Gibson Corporation.


Exists


Fakta Menarik Tentang Kramer Guitars # 9 : Kini anda boleh dapatkan Kramer Guitars di Music Bliss!

Berita baik untuk peminat Kramer Guitars di Malaysia, anda kini boleh boleh dapatkan gitar Kramer kegemaran anda seperti Baretta, Striker, Pacer, SM-1 dan lain-lain lagi di Music Bliss!

Layari kesemua model gitar Kramer di laman web kami atau kunjungi kedai kami untuk miliki gitar shredder terbaik di dunia!

Previous article Top Must Have Gator Products and Accessories for Musicians and Content Creators
Next article Understanding Hybrid Pianos : The Best Of Both Worlds