Skip to content
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016-3111 286 | Tel : 03-77733372 | Phase1 : Please allow 3-7 Days for fulfillment during Phase1
Sales@musicbliss.com.my | Tel : 016-3111 286
Review : Anugerah Juara Lagu 33 | Muzik-Muzik

Review : Anugerah Juara Lagu 33 | Muzik-Muzik

Anugerah Juara Lagu Muzik-Muzik rasanya ialah awards show yang paling popular di mata masyarakat kita kalau bercakap tentang senilagu, lebih popular dari AIM bagi segelintir pihak. Kesungguhan dan effort yang dilaburkan ke dalam malam kemuncak ini sememangnya tak dapat disangkal lagi; dari arrangement-arrangement yang diubahsuai (saya masih ingat attack-attack orchestral ala James Bond yang dipersembahkan oleh Yuna beberapa tahun lepas), set pentas dan tarian yang detailed (basically telah menjadi budaya tahunan untuk Noraniza Idris) dan juga fesyen-fesyen yang agak… interesting to say the least (jangan risau, saya masih die-hard-fan Ramlah Ram!). Untuk awards show yang sudah seusia saya, ia masih menyengat, masih berprestij, dan masih syok!

AJL tahun ini tiada bezanya dengan tahun-tahun yang sudah; public anticipation terhadap final pada hujung minggu ini sudah mencapai ke kemuncaknya. Banyak posting-posting online yang rancak membicarakan siapa yang bakal menggungguli temasya edisi 2019 ini, dan saya juga ada perasaan yang berputik untuk join sekaki. Walaupun saya agak kecewa di atas kegagalan lagu kegemaran saya (Pematah Hati oleh Nabila Razali) untuk mara ke peringkat ini, saya tak akan membiarkan hal ini mempengaruhi general opinion saya tentang subject matter ini.

Jadi tanpa membuang masa, these are Music Bliss picks untuk AJL 33 :-

 

HARAM
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


Duo Hael Husaini dan Ezra Kong rasanya dah sedia ada diiktiraf sebagai salah sebuah songwriting team terbaik hari ini. Walau secara genetiknya lagu ini masih boleh diklasifikasi sebagai sebuah ballad, stylings, melodies dan chord changes yang membentuk building blocks kepada lagu ini adalah decidedly modern and progressive. Dan by the time the synthesizers kick in pada minit 1:30, kita dah establish yang this isn’t just any ballad. Haram memberikan vibe yang sangat contemporary dan pada masa yang sama it retains the tried-and-tested, genre-defining elements of parah dan lilting; elements yang membezakan a good ballad dengan a monster hit. Dan rasanya kalau Dayang Nurfaizah dah featured, memang kita boleh confirm lagu ni tergolong dalam kategori monster hit. That being said, saya yakin lagu ini akan do good pada final AJL nanti. Just how good? Saya pun tak tahu, tapi setakat ini, memang lagu inilah favourite saya.

 

SEMAKIN
Siti Sarah


Saya mula meminati Siti Sarah very early on dalam karier beliau. Dan saya meminati Siti Sarah kerana willingness beliau untuk mengambil peluang dengan lagu-lagu yang bagi saya, keluar dari comfort zone beliau sebagai penyanyi. Single-single seperti Tinggal Serpihan (sangat vibrant, almost pop punk pada pendapat saya) atau Menari Dengan Ku (sebuah lagu yang saya rasakan ialah almost perfect pure pop) memberikan Siti Sarah a sense of depth dan dimension, tapi kita boleh setuju kekuatannya yang sebenar adalah in the ballads. Dan lagu Semakin ciptaan Mera Utama ini adalah a ballad in its purest form. Lengkap dengan piano flourishes, solo gitar power ballad dan attack-attack yang epic, Siti Sarah seolah memang dijodohkan dengan lagu ini; kehebatan vocalnya going above and beyond mengingatkan saya pada Agnes Monica in her prime, ternyata beliau masih kekal unggul.

 

JATUH BANGUN
Haqiem Rusli & Aman RA


Haqiem Rusli menempa nama sebagai salah seorang nama terbesar dalam team BBNU, mempertaruhkan gabungan vibe Melayu dengan modern mainstream pop sensibilities. Dan gabungan ini memang laku keras. Jatuh Bangun is smart, urban, streetwise dan cukup legit untuk Haqiem Rusli dilihat sebagai seorang artis pop yang serious. Menampilkan production oleh Omar K yang memang boleh dianggap sebagai specialist dalam pembikinan sound seperti ini, kemunculan Aman RA halfway throughout menghidupkan lagi kisah ‘started-from-the-bottom-now-we-here’ ini, dan relatability factor tentang subject matter ini mungkin akan menjadikan lagu ini lebih meletup lagi given some time: siapa yang tak pernah hadap jatuh bangun dalam hidup? Sememangnya sebuah lagu yang hebat. Great collab.

 

BUNGA
Altimet


Alumni Phat Family sebagai salah seorang ahli Teh Tarik Crew, Altimet mengekalkan reputasinya sebagai seorang emcee yang secara umumnya dope dengan baris rapnya yang menggigit dan socially conscious. Menggabungkan unsur muzik electro dan nuansa-nuansa traditional, Bunga merupakan lagu nasihat yang sarat dengan maksud tersirat, powered by Altimet’s trademark self-depreciating sense of humor dan wordplay yang cerdik. Bersenjatakan chorus yang catchy dengan lines yang bersahut-sahutan, Bunga menggegar bukan sahaja di lantai dansa; tetapi juga di dalam minda.

 

Juga bertanding pada tahun ini:-

 

BUNGA
Ara Johari


Single Bunga dari Ara Johari ini dicipta oleh Hang Nadim/Laq/Kadok dan mempunyai vibe-vibe ballad awal 90an yang mengingatkan saya pada Shima for the most part, tapi dengan instrumentasi yang lebih kontemporari.

 

LULUH
Khai Bahar


Seorang lagi artis naungan NAR selepas Iamneeta yang benar-benar membuat saya impressed. Lagu Luluh ini merupakan ciptaan sepenuhnya Khai Bahar, sebuah ballad driven by piano dan strings yang menunjukkan kematangannya sebagai seorang penulis lagu dan penyanyi.

 

 

KAU PUN SAMA
Syamel


Sebuah lagu taruhan seorang lagi artis naungan Rocketfuel Entertainment. Ciptaan bersama Syamel, Kidd Santhe dan DJ Biggie, Kau Pun Sama mempunyai perasa pop urban yang kuat; a hard driving beat yang dibawa ke peringkat seterusnya dengan vokal masa kini ala Bruno Mars. Strong contender with a lot of potential.

 

SAMPAI BILA
Misha Omar


Kak Mitch kembali bersama sebuah lagu yang benar-benar serasi dengan gaya vokalnya yang lunak dan berkuasa tinggi. Sampai Bila adalah a huge ballad, lengkap dengan melodi-melodi ala Melly Goeslaw dan key change yang epic berserta suara latar yang seolah membawa lagu ini ke konklusi dengan penuh perasaan. Welcome back Misha Omar, we’ve missed you!

 

TAK PERNAH HILANG
Amylea X Kaer


Nama-nama besar dari Akademi Fantasia sedikit masa dulu, Amylea dan Kaer mewakili Seventeen Eleven di AJL33 dengan lagu dari OST Nur ini. String-driven melodrama berselit programming yang membuai. A ballad done tastefully.

 

DI MATAMU
Sufian Suhaimi


Seorang lagi alumni BBNU, Sufian Suhaimi bergelumang dalam acoustic guitars yang jangly dan string arrangement yang menusuk kalbu menerusi lagu ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen ini. “Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu di dunia ini.” Siapa yang tak terduduk dengar lines macam ni?

 

HAJAT
Hael Husaini


Lagu kedua Hael dalam pertandingan ini. Personally saya lebih prefer lagu ini berbanding dengan Haram, tetapi arrangement dan general feel lagu ni yang agak unorthodox bakal menggugat peluangnya untuk berjaya di peringkat ini. Tetapi walau apa pun, single ini menguatkan lagi pendapat saya apabila saya katakan Hael Husaini dan Ezra Kong adalah geniuses when it comes to modern pop masterpieces seperti ini.

 

NISAN CINTA
Siti Nordiana & Jaclyn Victor


Menampilkan the new and improved post-Gegar Vaganza Siti Nordiana dan Jaclyn Victor yang sentiasa memberikan persembahan vokal yang berkuasa, orchestral attacks yang membawa lagu ini terutama pada the second verse adalah petanda-petanda besar yang kita tidak seharusnya give up dengan muzik mainstream lagi. Not just yet. Ditambah lagi lagu ini ialah ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan, ada peluang besar yang lagu ini mungkin menjadi sleeper hit di AJL tahun ini. We’ll wait and see.

Previous article The Essence and Importance of Soundchecking
Next article How Taylor’s New Deal Essentially is the New Deal for Everyone