Baru-baru ini kita telah diperkenalkan dengan siri terbaru amplifier THR II oleh Yamaha, dan seperti mana yang umum tahu, amplifier meja THR telah mengubah dunia amplifier gitar sejak kemunculan mereka pada 2011. Siri amplifier ini telah membentuk konsep “amplifier ketiga” untuk pemain yang mahukan bunyi berkualiti tinggi dan juga ciri-ciri serba boleh ketika tidak diatas pentas atau semasa latihan. Dengan generasi baru ini, Yamaha memperkenalkan aliran baru amplifier THR dengan ciri dikemas kini untuk mencerminkan bagaimana pemain ingin berinteraksi bersama alatan, muzik, dan juga bunyi mereka. Lantas, THR kekal terus-menerus menjadi amplifier meja terunggul untuk pemain dengan meletakkan tona “premium” terbaik, dalam bentuk sebuah amplifier yang sempurna dimainkan muzik di mana saja.
Jadi apakah siri amp baru ini yang sudah menjadi kegemaran ramai pemuzik sajikan? Mari kita tengok!