Monitor Studio : Monitor Frekuensi Rata, Monitor Multimedia, Monitor DJ dan Monitor Rujukan. Apakah Perbezaannya?

Monitor studio adalah alat pembesar suara yang direka khas untuk penghasilan muzik secara professional dan sejarahnya bermula seawal tahun 1920 lagi. Berbeza dengan speaker Hi-Fi, monitor studio digunakan secara khasnya untuk aktiviti seperti merekod lagu dan penyuntingan trek audio atau video dan digunakan samada di studio ataupun di studio di dalam rumah.

Namun, tahukah anda terdapat pelbagai jenis studio monitor serta kegunaannya? Jadi harini kami akan kupaskan kepada anda satu-persatu kelainan fungsi serta ciri-ciri bagi setiap jenis monitor studio yang ada di pasaran sekarang!

Monitor Studio Frekuensi Rata (Flat Frequency)

Monitor Studio Frekuensi Rata (atau dikenali sebagai Flat Frequency Studio Monitors) adalah jenis monitor studio yang mempunyai tindakbalas frekuensi yang neutral tanpa ada sebarang tambahan pada mana-mana julat frekuensi, atau dalam erti kata lain monitor ini hanya mempunyai keseluruhan frekuensi yang “rata”. Yamaha HS7 adalah salah satu contoh monitor studio rata yang digunakan secara meluas oleh produser ketika di dalam studio untuk tujuan rakaman dan penyuntingan muzik. Dilengkapi dengan “driver” speaker yang berkualiti tinggi dan menggunakan magnet bersaiz lebih besar, monitor studio ini juga direka untuk dengan rekaan yang boleh “membunuh” resonan yang tidak dimahukan membolehkan HS7 memberikan bunyi yang lebih mantap, seragam, dan ketat yang menghasilkan tindak balas yang sangat lancar dan kecekapan dinamik pada jarak frekuensi yang lebih luas.

Keistimewaan monitor studio frekuensi rata bukan sahaja mempunyai frekuensi yang rata, malah monitor ini lebih sensitif secara dinamik kepada perubahan walaupun cuma sedikit. Jikalau anda mengubah frekeuensi EQ atau “gain” satu instrumen di dalam “mix” lagu walau 1db atau 1Hz anda akan dapat mendengarnya dengan menggunakan monitor studio jenis ini. Perubahan sebegini lazimnya tidak akan mampu didengari atau dikesan dengan menggunakan speaker-speaker harian biasa anda.

Jadi, adalah amat sesuai sekali jika monitor studio ini digunakan oleh produser-produser muzik ketika membuat penyuntingan lagu di software DAW kerana ianya sangat penting untuk proses seperti mengimbangi “level” setiap trek yang direkod, mengawal-imbang bunyi setiap trek instrumen atau vokal menggunakan frekuensi EQ, “panning” trek untuk pengimejan stereo, menambah efek seperti “reverb”, “compression”, “delay” dan sebagainya untuk meningkatkan lagi kesan pada rekod asal, dan lain-lain lagi.

Adam Audio T7V adalah salah sebuah monitor studio rata yang sangat baik kerana dengan menggunakan woofer Class D 50 watt berukuran 7 inci serta menggunakan teknologi U-ART “accelerated-ribbon” tweeter berkuasa 20 watt , T7V memberikan anda tindak balas frekuensi linear yang sangat luas iaitu 39Hz-25KHz, membolehkan anda melakukan kerja-kerja penyuntingan lagu dengan lebih professional serta lebih tepat dengan setiap aktiviti editan anda. Kabinet serong Adam Audio T7V mempunyai refleks bass dari belakang yang dilekatkan pada backplate logam tebal yang juga menempatkan sambungan input analog, “crossover driver” yang dikendali dengan penggunaan teknologi DSP dan juga kawalan EQ. Ini membolehkan sepasang T7V untuk mencapai SPL maksima yang hebat dari 110dB pada satu meter!

Monitor Studio Rujukan (Reference)

Berbeza pula dengan EQ rata, monitor studio rujukan pula lazimnya digunakan untuk mendengar semula kesuluruhan lagu selepas proses penyuntingan “mix” menggunakan monitor studio EQ rata. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap suntingan yang dilakukan pada awalnya boleh didengari semula menggunakan speaker yang lain seperti suntingan asal tanpa cacat cela dan juga untuk memastikan frekuensi tinggi dan frekuensi rendah pada trek tersebut berada dalam kadar yang seimbang.

JBL 1 Series 104 direka khas untuk produser-produser yang mahu mendengar semula “mixing” mereka di studio di luar studio. Ini kerana dilengkapi dengan amplifier Class D berkuasa sebanyak 60 watt, JBL 1 Series 104 mampu memberikan anda julat bunyi sehingga 104dB tanpa sebarang “distortion”. Ini membolehkan anda mendengar semula lagu-lagu yang disunting pada kadar “volume” yang tinggi tanpa pewarnaan tona yang tidak diperlukan. Tidak dilupakan juga dengan fungsi Bluetooth, JBL 1 Series 104 turut mampu digunakan untuk "streaming" lagu-lagu anda secara tanpa wayar!

Lazimnya, monitor studio rujukan juga terdiri daripada speaker woofer dan tweeter yang bersaiz lebih kecil berbanding dengan dengan monitor studio rata supaya anda dapat mendengar semula lagu anda untuk memastikan setiap frekuensi bertindak dengan baik dan lancar dengan tanpa sebarang “distortion” serta untuk merujuk semula kualiti agar sama dengan kualiti asal.

Kali Audio LP-6 adalah sebuah monitor studio yang memberikan solusi yang lebih professional ketika mahu melakukan aktiviti rujukan semula pada lagu-lagu. Mempunyai magnet besar dan gegelung suara yang besar juga, Kali Audio LP-6 menghasilkan tindak balas rendah “super” tepat dan lanjutan frekuensi rendah yang mengagumkan serta reka bentuk berteknologi tinggi “waveguide” membolehkan monitor studio ini memberikan pengimejan audio berskala luas dengan lebih tepat. Direka untuk memberikan bunyi yang lebih telus kepada produser untuk menteliti setiap trek lagu dari semua jenis genre muzik, Kali Audio LP-6 mempunyai fungsi tetapan “Boundary EQ” untuk mengoptimumkan tindak balas pembesar suara bergantung kepada di mana ia diletakkan di dalam mana-mana ruang studio atau bilik

Monitor Studio DJ

Monitor DJ direka khas untuk DJ yang sering melakukan persembahan. Ciri-ciri monitor untuk DJ adalah lebih kurang sama seperti headphone-headphone yang sering digunakan, sebagai contoh Hercules DJ Monitor 42. Dibina dengan panduan akustik yang dioptimumkan untuk persembahan audio berprestasi tinggi, monitor DJ ini mempunyai dua “bass ports” untuk memberikan frekeunsi bass yang lebih hebat serta speaker tweeter yang diletakkan secara “offset” untuk kualiti audio stereo dengan kesan yang lebih mendalam.

Tetapi mengapa seorang DJ perlu mempunyai monitor studio mereka sendiri? Jawapannya adalah kerana untuk mengelakkan kelewatan dan “echo” bunyi dari speaker utama ke telinga DJ itu sendiri ketika “beatmatching”. “Beatmatching” adalah teknik yang paling penting bagi DJ untuk memastikan setiap peralihan atau transisi lagu dapat dilakukan dengan lancar dalam tempo yang sama dan juga pada masa yang sama untuk mengawal EQ bagi mengelak berlaku perubahan frekuensi, terutama daripada mengalami kekurangan atau ketinggian frekuensi bass.

Kebiasaannya seorang DJ perlu menggunakan “headphones” pada salah satu telinga untuk mendengar dan mengawal trek lagu yang hendak dimainkan selepasnya, manakala monitor DJ pula dimainkan dengan lagu yang sedang diputarkan di speaker utama sebagai rujukan dalam masa nyata.

Monitor Studio Multimedia

Monitor studio multimedia pula adalah monitor studio yang dianggap serba boleh kerana ianya boleh digunakan untuk di studio, di bilik mahupun untuk kegunaan harian untuk mendengar lagu-lagu kegemaran anda. Lazimnya monitor studio jenis ini mempunyai ciri-ciri yang tidak terdapat pada monitor studio yang lain seperti “AUX input” untuk disambungkan kepada telefon bimbit, tablet atau komputer, “headphone output” dan juga fungsi “Bluetooth” .

Contoh seperti Mackie CR4 adalah monitor studio multimedia yang mempunyai audio “stereo clean” dengan kuasa sebanyak 50 watt daripada 2 “woofer” berukuran 4 inci dan 0.75 inci “tweeters” , berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja editan dan juga penyuntingan multimedia seperti audio dan juga video. Selain itu, monitor ini juga sesuai untuk aktiviti “gaming” kerana dengan julat frekuensi yang luas iaitu dari 70Hz-20KHz, Mackie CR4 mampu memberikan audio berdefinisi tinggi yang mana ia membolehkan anda menghayati permainan video anda.

Akan tetapi, adakah monitor studio multimedia juga sesuai untuk melakukan “mixing” sesebuah lagu? Jawapannya adalah ya, namun hasilnya tidak seakan professional seperti monitor studio frekuensi rata . Ini adalah kerana lazimnya monitor studio multimedia mempunyai tindak balas frekuensi dan binaan yang berbeza, jadi tidak memberikan kualiti audio dengan frekuensi EQ yang tidak tepat.

Walaubagaimapun, Presonus Eris 3.5 BT berupaya untuk digunakan sebagai monitor studio untuk kegunaan penyuntingan lagu. Ini kerana monitor studio ini mempunyai fungsi “acoustic tuning control” yang mana anda boleh mengurangkan “bass” sebanyak 6dB untuk mengawal bunyi dari speaker supaya sepadan dengan sifat akustik bilik anda. Dengan fungsi ini, Presonus Eris 3.5 BT mampu memberikan frekuensi yang lebih tepat tanpa sebarang perwarnaan tambahan pada suntingan asas lagu-lagu anda.

Kesimpulannya, setiap studio monitor mempunyai berlainan fungsi dan juga berlainan keupayaan tetapi dengan kesemuanya mempunyai matlamat yang sama ; iaitu memudahkan dan juga meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti hasil kerja anda samada untuk mencipta muzik yang hebat, untuk memberi kepuasan mendengar lagu-lagu anda mahupun untuk meghasilkan karya anda secara professional.

Kami juga ada senarai 10 teratas monitor studio terbaik untuk penghasilan muzik untuk memudahkan anda mencari monitor studio yang bersesuaian dengan bajet dan kegunaan anda di rumah.

Selamat berkarya!

Monitor studio adalah alat pembesar suara yang direka khas untuk penghasilan muzik secara professional dan sejarahnya bermula seawal tahun 1920 lagi. Berbeza dengan speaker Hi-Fi, monitor studio digunakan secara khasnya untuk aktiviti seperti merekod lagu dan penyuntingan trek audio atau video dan digunakan samada di studio ataupun di studio di dalam rumah.

Namun, tahukah anda terdapat pelbagai jenis studio monitor serta kegunaannya? Jadi harini kami akan kupaskan kepada anda satu-persatu kelainan fungsi serta ciri-ciri bagi setiap jenis monitor studio yang ada di pasaran sekarang!

Monitor Studio Frekuensi Rata (Flat Frequency)

Monitor Studio Frekuensi Rata (atau dikenali sebagai Flat Frequency Studio Monitors) adalah jenis monitor studio yang mempunyai tindakbalas frekuensi yang neutral tanpa ada sebarang tambahan pada mana-mana julat frekuensi, atau dalam erti kata lain monitor ini hanya mempunyai keseluruhan frekuensi yang “rata”.

Yamaha HS7 adalah salah satu contoh monitor studio rata yang digunakan secara meluas oleh produser ketika di dalam studio untuk tujuan rakaman dan penyuntingan muzik. Dilengkapi dengan “driver” speaker yang berkualiti tinggi dan menggunakan magnet bersaiz lebih besar, monitor studio ini juga direka untuk dengan rekaan yang boleh “membunuh” resonan yang tidak dimahukan membolehkan HS7 memberikan bunyi yang lebih mantap, seragam, dan ketat yang menghasilkan tindak balas yang sangat lancar dan kecekapan dinamik pada jarak frekuensi yang lebih luas.