Skip to content
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016 - 3111 286 | Tel : 03 - 777 33372 | Same Day Delivery Lalamove | Buy Online, Pick Up In-Store Available
Same Day Delivery Lalamove | Buy Online, Pick Up In-Store Available

Solid State Amps : Apakah Amplifier Yang Paling Sesuai Untuk Digunakan Bersama Effect Stompbox Dan Multi-Effects Pedal?

Kalau kita tanyakan soalan seperti "apakah ciri penting yang harus di titik beratkan jika memilih sebuah amplifier gitar", rata-rata akan bercakap tentang tone, adakah ia amplifier tube atau amplifier solid state, bagaimana bunyinya dalam overdrive, crunch atau distortion channel, efek-efek yang disertakan dalam sesebuah amp itu dan sebagainya. Namun pada hari ini, kita akan fokus pada satu ciri sahaja, iaitu Clean Channel!

Lebih terperinci lagi, "Clean Channel" dalam amplifier-amplifier solid state!

Solid State Amps : Apa Tu???

Amplifier Solid State menggunakan litar berasaskan transistor untuk mengubah isyarat elektrikal dari gitar menjadi isyarat gelombang audio.

Terdapat dua jenis amplifier solid-state yang menggunakan Digital Modelling dan juga yang menggunakan litar Analog.

Jika digital modelling menggunakan algoritma digital untuk menghasilkan tone "tiruan" amplifier-amplifier yang terkenal, maka secara kontranya amplifier analog pula menggunakan komponen-komponen (transistor, perintang dan kapasitor) dalam kedua-dua bahagian pre-amp dan power amp untuk menghasilkan "warm tone" yang sinonim dengan amp tube sebenar tetapi dalam versi yang lebih kompak dan mudah dibawa kemana-mana.

Kenapa Hanya Fokus Pada "Clean Channel"???

"Clean Channel" secara lazimnya akan digunakan untuk secara lalainya, bermain gitar yang tidak memerlukan overdrive, crunch atau distortion atau digunakan pada bahagian-bahagian tertentu sesebuah komposisi lagu yang memerlukan petikan "clean" sebuah gitar. Akan tetapi, "Clean Channel" amplifier juga digunakan banyak sebagai asas untuk pembentukan bunyi efek-efek dari pedal. Jadi, bunyi "Clean Channel" pada sesebuah amplifier adalah sangat penting untuk menonjolkan sifat sebenar pedal-pedal efek, terutamanya pedal Multi-Effects, tanpa memberi "pewarnaan tone" yang tidak diperlukan.

Jadi pada hari ini, kita akan membandingkan "Clean Channel" pada Digital Modelling amplifier dan juga Analog Amplifier dengan menggunakan pedal efek Ibanez Tube Screamer TS-808, Fulltone OCD-Ge Germanium, Xotic EP-Booster dan juga Tech 21 Fly Rig 5 v2 untuk Multi-Effects. Untuk Analog Amplifier, kita akan menggunakan Orange Crush 35RT Combo manakala untuk Digital Modelling Amp pula, kita akan gunakan amp-amp seperti Boss Katana 50 MK II, Marshall Code 25, Blackstar ID:Core 40 V2 dan juga Peavey Vypyr VIP 2.

Mari saksikannya di bawah!

Apakah Keistimewaan Orange Crush 35RT???

Orange terkenal dengan penggunaan litar analog kerana falsafahnya untuk memberikan rasa dan tindak balas amp mereka untuk memberi lebih inspirasi kepada gitaris bermain dengan instrument dan alatan mereka. "Clean Channel" amplifier ini juga mengekalkan ruang headroom yang bersih tanpa sekelumit tona overdrive pada keseluruhan output range.

Jadi, Orange Crush 35RT adalah sebuah amplifier solid state yang amat sesuai untuk dijadikan teras untuk pembentukan tone gitar bagi mereka yang bermain menggunakan efek-efek dari pedalboard mereka. Dengan kuasa 35 watt yang sangat ringan dan dilengkapi dengan 3-band EQ, Tuner dan juga tersedia dengan efek Reverb, amplifier ini bukan sahaja kelihatan lebih kukuh dan mempersonakan dengan keunikan warna orennya, malah amplifier ini juga berupaya dan serba lengkap untuk digunakan untuk persembahan atau gig-gig kecil, untuk latihan di rumah, mahupun juga sesi rakaman lagu atau album di studio.

Bukan itu sahaja, Crush 35RT juga mempunyai Effect Loops yang mempunyai buffer dan impedan yang rendah untuk memastikan gitaris boleh menyambungkan pedal-pedal efek mereka secara "loop" tanpa menjejaskan tone!

Anda boleh dapatkan amp ini di Music Bliss! Dapatkannya di bawah :

RM 1,099.00
RM 1,250.00